Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Racist

Khamis, Mei 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:38 PG

Bila orang sibuk bicara pasal racist ni... saya pun nak  cakap pasal racist juga... ikut perkembangan semasa la nak dikatakan... dibesarkan di malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya... ini saya luahkan pandangan saya sebagai orang melayu disini...

Sebelum itu... saya ceritakan dulu sejarah saya... Saya dibesarkan dalam keluarga melayu... ada sorang sepupu kawin dengan cina... masa tadika saya tak ada kawan lain bangsa sebab saya belajar di tadika islam... Tapi sejak darjah 1 hinggalah berkerja saya telah bercampur dan berkawan dengan pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk malaysia....opps... lupa... saya asal dari kelantan yang majoritinya adalah melayu...

Hari tu masa anak kepada sepupu saya yang maknya cina tu  kawin... ramai sanak saudaranya datang melawat sambil menolong memandangkan kerja kenduri ni 'bekwoh' (big work)... tiada masalah kami bersama di dapur memasak... bersama di ruang tamu berbual meraikan pengantin...yup tiada racist disini walaupun kami berlainan agama dan  bangsa...sekarang anak sepupu saya tengah tunggu hari jer untuk melahirkan anaknya yang sulung...

Masa zaman sekolah mungkin saya kurang rapat dengan bangsa lain kerana mereka terlalu sedikit... sebab saya kan berasal dari kelantan...saya cuma bertegur sapa sahaja... ohh.. teringat masa darjah 3... rakan sekelas yang berbangsa cina taja Aiskrim untuk 1 kelas pada jamuan akhir tahun... best....masa di matrikulasi dan PLKN pun saya juga tidak terlalu rapat dengan bangsa cina sebab mereka tak ramai hanya mungkin 10% sahaja...

Saya mula rapat dengan bangsa cina ni masa saya belajar di universiti... maklumlah kerja kumpulan kena buat berbilang agama, bangsa dan jantina... itu syarat dari pensyarah untuk menyatukan kami anak malaysia... saya sangat suka berkerja dengan bangsa cina ni berbanding dengan bangsa melayu itu sendiri... ini semua masalah sikap... nama jer melayu dan islam tapi tak bertanggungjawab dan tidak menepati masa.... orang melayu jangan marah.. ini realiti... kita yang kena ubah....

Realiti yang sebenar kenapa sampai sekarang melayu masih dibawah.... melayu perlu akui... ini semua salah kita bukan salah orang lain... cuba lihat... berapa ramai orang kita jada sampah masyarakat... ini salah kita bukan salah orang lain... kita yang menentukan hidup kita... kita kena usaha... kita ada Allah untuk berdoa... kerana doa itu senjata muslim... solat dan aurat sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga agama kononnya...

cuba kita cek diri kita sendiri... kenapa kita hanya disini... cuma tengok kerjasama dikalangan orang melayu,.. benda kecil pun boleh gaduh besar... cuba tengok dengan janji melayu... saya hairan macam mana orang melayu boleh bangga dengan janji melayu yang langsung tak beretika kerana tidak menepati masa... cuba tengok amanah yang diberikan... adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik... kita nilai sendiri kenapa kita terus ditindas di negara sendiri... kerana kita yang menindas diri kita sendiri... selesa berada di zon selesa...

saya nak kongsi pengalaman saya semasa belajar... kenapa orang cina ni boleh berjaya... sebab mereka ada sifat kerjasama... diorang bersatu... diorang akan tolong kawan dan junior diorang yang lemah... diorang sangat rajin...kerja dengan sangat bersungguh-sungguh kalau buat projek berkumpulan dengan diorang tak perlu lah risau kerana mereka akan memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut... kalau buat mesyuarat memang datang tepat pada masanya.... bukankah ini semua nilai yang diajar oleh islam... kenapa kita melayu yang beragama islam tak mengamalkannya... lepas tu salahkan cina bila mereka berjaya...

bila saya kerja sebagai seorang pendidik... saya mendidik pelajar dari pelbagai bangsa dan agama sebab saya mendidik anak bangsa di seberang laut...saya dapat lihat dengan jelas sikap pelajar islam sangatberbeza dengan pelajar bukan islam... pelajar bukan islam sangat rajin berusaha... mereka nak keputusan yang cemerlang... tapi malangnya  pelajar islam hanya target nak lulus saja... mereka bukan lemah... tapi mungkin kurang motivasi... dan pendedahan tentang kepentingan ilmu

saya masa kecil sebenarnya agak racist... kenapa cina nak rampas hak orang melayu... kenapa melayu gagal ditanah sendiri dan ditindas orang cina... hanya menjadi pekerja bawahan... tapi bila dah belajar tinggi... bergaul lebih rapat dengan mereka... saya tahu... mereka berjaya kerana sikap mereka... kita gagal kerana kita gagal mengubah sikap kita... sampai bila kita nak terus begini?

mereka bukan musuh kita... salah satu ayat dalam al-Quran... kita diciptakan dari perbagai bangsa untuk saling mengenali... bukan untuk saling bermusuhan... mungkin kebanyakkan dari kita yang berbangsa melayu ini beragama islam... dan mungkin kebanyakan dari mereka  itu beragama lain...  bergaul dengan mereka dengan sikap yang baik mungkin itu adalah salah satu jalan dakwah bagi kita untuk mendekatkan mereka dengan agama fitrah ini...

tolak titik perbezaan carilah titik persamaan... bukan bermaksud kita menerima agama mereka... tapi kita terima mereka sebagai sama-sama rakyat Malaysia yang sangat dicintai ini... Keamanan untuk Malaysia... Kami sayang Malaysia...



Komen: 
0 comments

Rendah Diri

Ahad, April 28, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:51 PTG
Ramai orang akan rasa rendah diri apabila dipandang rendah oleh orang lain... seterusnya mereka akan hilang motivasi diri... saya dari kecil lagi selalu dipandang rendah oleh orang lain... mungkin sebab saiz badan yang kecil dan bersikap keanak-anakan... tapi biasanya saya tak terkesan dengan situasi ini sebab saya mempunyai motivasi diri yang tinggi... (berlagak...hehe...)

Masa sekolah saya tidak pernah dilantik memegang apa-apa jawatan ... masa kerja orang tak berani bagi subjek susah pada saya...mungkin sebab orang pandang rendah kepada saya... namun serendah mana pun orang pandang kita ... pandangan orang kepada kita akan berubah apabila kita mampu menonjolkan siapa diri kita... post ini saya tujukan kepada orang-orang yang senasib dengan saya yang selalu dipandang rendah...

Orang yang belum kenal siapa saya memang akan pandang rendah kepada saya... mungkin kerana penampilan saya yang agak selekeh ... tapi janganlah nilai buku itu dari kulitnya... biarlah orang nak nilai saya ni macam mana pun... asal saya tahu siapa diri saya yang sebenar... dan orang boleh tahu siapa saya dari hasil kerja yang saya lakukan....

Sebenarnya ada kelebihan bila orang pandang rendah kepada diri kita... ia akan menjadikan diri kita orang yang rendah hati... lansung tak pandai nak sombong atau meninggi diri... tapi hati2 jangan sampai diri sendiri pun pandang rendah pada kita... dan satu lagi orang tak akan overestimate kita dan takkan kecewa dengan kita....
Komen: 
0 comments

Penampilan Baru

Jumaat, April 26, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:24 PTG




Rasa nak tukar penampilan bila rakan-rakan sekeliling dah jadi makin baik... rasa diri ni pun nak menuju ke jalan yang baik juga la... niat di hati nak besarkan tudung... nak pakai tudung labuh tak kuat lagi... fikir punya fikir pashmina lah pilihan terbaik untuk saya seorang yang pemalas ni... tak perlu 'iron'... hehe...

betul orang kata... bila kita cuba nak jadi baik... Allah pasti tunjukkan jalan... masa saya mula target nak besarkan tudung... tengah jalan2 jumpa kedai tudung buat promosi tudung XL... dan ada juga pashmina di situ... kebetulan dekat dengan bank... apa lagi... saya keluarkan duit dan shopping tudung...hehe...

Tudung owning sebenarnya lebih mudah dan cepat dipakai cuma agak kurang selesan di bahagian hadapan kerana hanya selapis... tudung pashmina ni boleh buat berlapis dihadapan jadi akan rasa lebih selamat... dan pashmina adalah lebih labuh dan tebal kalau nak dibandingkan dengan selendang biasa.... (minat juga sebenarnya dengan tudung Akel tapi malas nak iron...hehe... pemalas...)

Komen: 
0 comments

Mengundi... Demokrasikah?

Rabu, April 10, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:12 PTG
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?

Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."

Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...

Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...

Kalau beginilah kisahnya... ada perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....

Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka....  tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)

Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk  menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai....
Komen: 
0 comments

Berubah

Selasa, April 09, 2013 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:47 PTG
Akhir akhir ni.... ramai orang di sekeliling aku dah berubah ke arah kebaikan... yang tak pakai stokin dah pakai stokin... aku jer masih di takuk yang lama... tak cuba untuk berubah... kalau berubah pun setakat hangat-hangat tahi ayam.... dah cukup sempurna ker aku ni? mesti lah tidak... jauh sekali...

Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke  hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti... 

Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50 la banyak2... nak guna bidang 60 tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...

Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...

Komen: 
0 comments